Cardcaptor Sakura
Cardcaptor Sakura

Cardcaptor Sakura

Cardcaptor Sakura (カードキャプターさくら secara literalnya: Sakura - Si Penangkap Kad) atau diringkaskan dengan CCS atau Cardcaptors ialah siri manga/anime dari Jepun ciptaan kumpulan artis manga shoujo CLAMP. Anime ini telah pernah lama disiarkan melalui saluran NTV7 dan TV3 di Malaysia.Cerita ini mengisahkan Sakura Kinomoto, seorang kanak-kanak perempuan sekolah rendah yang menemui dan membuka sebuah buku misteri dalam bilik ayahnya, yang setelah dibuka, kemudiannya menimbulkan peristiwa yang mengubah kehidupannya. Setelah membuka buku itu dan mengaktifkan kuasanya, kad-kad yang disimpan dalamnya, iaitu Kad Clow, keluar dari buku itu secara ajaib dan berterbangan dan tersebar di seluruh pekan Tomoeda yang juga tempat yang didiami keluarganya. Sakura diberi tanggungjawab mencari kesemua kad-kad Clow yang lain sebelum malapetaka berlaku di Tomoeda.Sakura dibantu oleh penjaga buku tersebut yang dipanggil Keruberos atau dengan panggilan lain 'Kero' yang dipanggil Sakura, seekor singa yang bersayap dan mempunyai alas kepala seakan-akan topi keledar, serta sahabat karibnya Tomoyo Daidouji dalam pengembaraan mereka mencari kad-kad Clow dan menyelamatkan bumi daripada ancaman luar biasa.